بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apakah yang dimaksudkan dengan Visi, Misi dan goal ataupun target? sesungguhnya saya sendiri agak keliru dengan perkataan-perkataan diatas. Walaupun begitu, saya percaya bahasanya kita memerlukan perkara-perkara tersebut untuk membantu kita mencapai sesuatu yang kita hajatkan.
Visi atau vision, merujuk kepada perancangan masa hadapan. Apa yang kita ingin capai pada masa hadapan? Biasanya visi merupakan perancangan jangka panjang antara lima (5) hingga sepuluh (10) tahun. Visi biasanya menjawab persoalan “Apa” yang ingin dicapai atau “kemana” arah tuju kita.
Sementara itu pula, Misi ataupun mission merujuk kepada tindakan yang perlu kita lakukan pada masa sekarang untuk mencapai Visi. Misi ini seolah-olah tindakan-tindakan kecil yang akan membantu kita mellangkah menuju ke detinasi yang kita ingin pergi. Misi menjawab persoalan “apa yang perlu dilakukan?”, “untuk siapa kita lakukan” dan “bagaimana nak dilakukan?”
Visi umpama sebuah destinasi diatas peta, dan misi pula merujuk kepada segala perancangan yang diperlukan oleh seseorang untuk sampai ke destinasi yang nak dituju.
secara jujurnya, saya masih tertanya-tanya apa visi dan misi diri saya sendiri buat masa ini. Saya belum menemui jawapannya. Yang pastinya, saya mahu jadi lebih baik dari hari semalam, lebih berjaya, lebih beriman, dan lebih bertaqwa.
Terima kasih,
