بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Hello World!
Assalamualaikum w.b.t. Dah Salam Sejahtera
Ini adalah posting pertama saya untuk bog ini dan saya sendiri sudah lost track berapa banyak blog yang saya pernah miliki sebelum ini. Blog-blog sebelum ini terbiar sahaja dan akhirnya telah dipadamkan. Harapnya biarlah blog ini, bertahan lama, atau sekurang-kurangnya lebih lama berbanding blog-blog sebelum ini.
Salam perkenalan dari saya, dengan nama Abu Aisyah, dan sudah tentunya lah itu bukan nama sebenar saya. Walaubagaimananapun, Aisyah, adalah nama sebenar yang telah saya berikan kepada anakanda saya yang pertama. Anak yang menjadikan saya seorang ayah lebih 10 tahun yang lepas. Saya sangat menyayangi anak saya ini dan kesemua adik-adiknya, dan tentulah termasuk ibu mereka. Semoga kita semua berjaya di dunia dan dapat berkumpul di Syurga Allah suatu hari nanti.
Saya seorang jurutera dan bertugas dalam industri minyak dan gas negara. Seorang yang komited dengan tugas dan sentiasa berusaha membaiki diri untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Doakan saya sentiasa buat yang terbaik dalam pekerjaan yang saya lakukan.
Setakat ini dlu coretan buat kali ini. Semoga saya istiqamah menulis disini.
Terima Kasih,
Abu Aisyah